admin@shilazcaterers.com Call Us +6016-365 7806

Uncategorised

PANDUAN MEMILIH JURUKATER MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN

TEPAT pukul 4 petang, petugas syarikat penyajian makanan atau katering mengemas barang-barang. Talam, pinggan juadah diangkut. Kerusi meja diangkat. Ini bukan soal disiplin atau efisien. Ini soal ‘terlalu berkira’.TEPAT pukul 4 petang, petugas syarikat penyajian makanan atau katering mengemas barang-barang. Talam, pinggan juadah diangkut. Kerusi meja diangkat. Ini bukan soal disiplin atau efisien. Ini soal ‘terlalu berkira’.

Memanglah dalam perjanjian kenduri bermula antara pukul 12 tengahari hingga 4 petang. Tetapi syarikat katering buat-buat tidak mengerti bahawa sehingga pukul 5 petang pun akan ada orang datang. Paling tidak sekali pun, tinggalkanlah semeja dua dan makanan di satu sudut bawah khemah.

Apa yang berlaku sebaliknya. Dalam 30 minit syarikat katering telah mengemas licin semua barangannya. Tuan rumah tidaklah mahu memprotes terang-terangan. Wajahnya sedikit sebal sebab masih ada beberapa kenalannya yang baharu sampai untuk meraikan kenduri, terpaksa dipersilakan makan di dalam rumah.

“Saya bayar premium. Lebih RM25,000 untuk pakej katering dan meja, kerusi. Sebenarnya, perkhidmatan yang diberi semua bagus. Makanan orang puji, petugas pantas buat kerja.
“Tetapi terlalu pantas. Pukul 4 petang dia kemas semua,” kata pengantin baharu sedikit terkilan.

Tinjauan rambang terhadap sahabat-sahabat yang baru mengadakan majlis, mendapati semuanya gembira dengan mutu perkhidmatan syarikat katering. Contoh yang dipaparkan di atas, wajar diberi perhatian oleh para pengusaha. Bila pengusaha mengenakan caj premium, semestinya pelanggan berharapkan perkhidmatan premium. Serba-serbi kena TIP TOP, dari detik pertama dewan kenduri dibuka kepada tetamu sehinggalah majlis tamat. Pelanggan yang berhak menamatkan majlisnya, bukan jurukater yang kemas barang tepat jam 4 petang.
Menurut seorang pengatur majlis, caj premium yang dimaksudkan berharga RM25,000 ke atas, manakala bawah RM25,000 adalah standard. Terkedu juga dibuatnya. Inilah running cost untuk kenduri perkahwinan sekarang, terutama di Lembah Klang. Sekilas teringat video tular seorang wanita mengomel hal belanja hantaran. Patutlah dia sebut ‘RM25k’.

Maaflah kalau saya bunyi naif. Zaman saya nikah dua dekad lalu, jauh lebih rendah. Apatah lagi, kenduri rumah mentua diadakan secara gotong-royong. Adik ipar bersama jiran tetangga berganding bahu memasang khemah dari surau. Jam 6 petang salin baju, saya panjat tangga membuka ikatan khemah dan tolak troli khemah/kerusi balik ke Surau Al-Ridzuaniah. Tiada masalah.

Zaman sekarang, semuanya sudah melambung. Dalam menguruskan kebimbangan sebegini, para pengusaha tampil dengan kreativiti menggabungkan semua elemen di dalam penganjuran sesuatu majlis atau kenduri. Lazimnya, pemilik dewan atau premis akan menjadi ketua pengurus untuk melantik pengusaha katering, pembuat pelamin, jurugambar, penyedia khemah dan meja kerusi serta kipas industri atau penyaman udara boleh ubah. Dan daripada kesemua elemen tersebut, ramai bersetuju elemen katering adalah yang paling dirisaukan.

Berikut adalah tujuh perkara yang boleh anda pertimbangkan sebelum memilih jurukater premium anda:

1 .Mesra dan pantas penuhi permintaan anda
Bermula dengan panggilan telefon, nilaikan cara petugas melayan anda. Jika kasar, sila letak ganggang telefon. Jika tidak, itulah cara mereka melayan anda sehingga majlis berlangsung. Nilai juga apakah syarikat itu berusaha untuk memahami keperluan anda, dan tetamu anda kelak? Bolehkah juadah dimasak mengikut selera keluarga bakal menantu anda? Apakah juadah boleh disesuaikan dengan bajet anda? Anda kena cerewet. Majlis gagal bukan orang lain kecewa tetapi anda!

2 .Nilai untuk wang
Bayar kacang, anda dapat babun, kata bidalan Barat. Memilih syarikat katering yang 'murah’ mungkin sesuai dengan bajet tetapi tidak semestinya menjamin anda mendapat apa yang anda harapkan. Jadi bila bayar premium, pastikan anda dapat layanan premium.
Jurukater yang bagus sewajarnya menyenaraikan setiap satu perkara iaitu kakitangan, peralatan, fi penghantaran atau pengambilan serta ais dan peralatan sajian, selain daripada menu. Ini memastikan tiada caj tambahan kelak.

3 .Keenakan makanan
Memang orang selalu bercerita ‘sedap tak lauk?’ Sesuatu majlis bukan sahaja diingati kerana kesegakan pengantin tetapi juga keenakan juadah. Sila minta diadakan acara 'mencuba juadah’ (food tasting) dan bawa kawan-kawan yang arif mengenai masakan dan pengkritik makanan untuk membantu anda memilih juadah.

4 .Tanya jurukater berapa pelanggan pada hari  majlis anda
Bukan hendak meragui keupayaan jurukater, tetapi kita bimbang jika mereka mempunyai terlalu banyak pelanggan pada hari sama dengan majlis kenduri anda. Tentulah mereka berkeupayaan. Jika tidak, mereka tidak akan menerima. Tetapi tidak salah minta pengurus lafazkan ikrar bahawa pelanggan banyak tidak akan jejaskan komitmen mereka kepada anda.

5 .Siapa memasak?
Pun tidak salah bertanya. Dan patut tanya siapakah tukang masak. Apakah pengalamannya, kemahiran dan kepakarannya. Bukan apa, kita hendak elak juadah dimasak oleh bukan orang yang sepatutnya. Lagi bagus, minta tunjukkan di mana dapur tempat mereka memasak.

6 .Khidmat tambahan
Jurukater yang bagus, biasanya tahu bagaimana memaksimumkan kepuasan anda. Mereka tidak akan berhenti setakat pada penyediaan makanan utama. Ada yang tawarkan meja manisan, rojak, air batu campur, teh tarik dan sebagainya, secara percuma.

7 .Testimoni pelanggan lain
Seandainya anda memilih jurukater berdasarkan pemerhatian anda semasa majlis kenduri orang lain, maka tanyalah orang tersebut. Apakah pengalaman mereka, senang atau susah berurusan, mahalkah, sedapkah makanan? Dari sini anda ada keyakinan untuk membuat keputusan.

Dewan Adam Hawa Bangi

Menu Utama

1.Nasi beriani basmathi 70%

2.Nasi putih 30%

3.Ayam masak merah

4.Daging masak hitam

5.Dalca sayur

6.Jelatah

7.Masak lemak nenas cili padi + ikan masin talang 30%

8.Sambal sotong kering 30%

9.Ulaman

10.Sambal belacan

Desserts

1. Dua jenis kuih melayu 30%

2. Buah potong

3. Bubur kacang

Minuman

1. Air kordial

2. Teh Tarik

3. Drinking water

Harga Pakej

1000 pax: Termasuk dewan RM 22,000


MENU PENGANTIN

  • - Ayam golek
  • - Ikan siakap sweet sour
  • - Butter prawn
  • - Kek pengantin

 PELAMIN

  • - Pelamin dewan
  • - Hiasan pelamin
  • - Baju Pengantin
  • - Solekan
  • - Pintu gerbang
  • - Bunga tangan
  • - Permaidani merah

PERALATAN DEWAN

  • - 30 meja bulat beralas 2 layer/damas
  • - 300 kerusi banquet
  • - 2 meja buffet station
  • - 1 set meja makan beradab
  • - 1 meja hadiah
  • - 1 meja goodies

  FOTOGRAFI

  • - 1 jurufoto profesional
  • - 1 jurufoto profesional
  • - Shooting semasa sanding
  • - Album crystal
  • - Photo frame
  • - Pendrive

 KELENGKAPAN LAIN

  • - PA System
  • - Pembesar suara berkaki
  • - Amplifier
  • - Emcee
    - Projector and screen

Ada sebarang pertanyaan sila klik di butang dibawah. Terima kasih

Laman Pengantin Seri Dusun Homestay Sepang

LAMAN PENGANTIN SERI DUSUN HOMESTAY SEPANG

Tinggal di homestay 3 hari 3 malam dengan berbagai fasiliti seperti:

- Sebuah rumah bunglo setingkat 4 bilik, aircon, ruang famili sesuai untuk majlis nikah.

- 6 bilik homestay dengan tv, wifi percuma dan aircon.

- Cafe tempat keluarga beramah mesra.

- Ruang bbq berbumbung yang luas.

- Stage pelamin

- Ruang berbumbung untuk makan beradab

- Ruang untuk meja dan kerusi tetamu.

- 3 unit khemah arabian lengkap dengan kerusi meja tetamu secukupnya.

 

Menu Utama 

- Nasi beriani basmathi

- Nasi putih

- Ayam masak merah

- Daging masak hitam

- Dalca sayur

- Jelatah

- Masak lemak nenas cili padi + ikan masin talang

- Sambal sotong kering

- Ulaman

- Sambal belacan


Desserts

- 2 jenis kuih melayu

- Buah potong 

- Bubur kacang


Minuman

- Air kordial

- Teh tarik

- Drinking water

 

Hidangan Pengantin

- Ayam golek

- Ikan siakap sweet sour

- Butter prawn

- Kek pengantin

Pelamin

- Pelamin dewan

- Hiasan pelamin

- Baju pengantin

- Solekan

- Pintu gerbang

- Bunga tangan

- Permaidani merah


Fotografi

- 1 jurufoto profesional

- Shooting semasa sanding

- Album crystal

- Photo frame

- Pendrive

- PA System

- Pembesar suara berkaki

- Amplifier

- Emcee


Harga untuk pakej 1000 pax termasuk dewan RM24,500

Dewan Shah Alam

DEWAN DI SHAH ALAM

Menu Utama 

- Nasi beriani basmathi

- Nasi putih

- Ayam masak merah

- Daging masak hitam

- Dalca sayur

- Jelatah

- Masak lemak nenas cili padi + ikan masin talang

- Sambal sotong kering

- Ulaman

- Sambal belacan

 

Desserts

- 2 jenis kuih melayu

- Buah potong 

- Bubur kacang 

Minuman

- Air kordial

- Teh tarik

- Drinking water

 

Hidangan Pengantin

- Ayam golek

- Ikan siakap sweet sour

- Butter prawn

- Kek pengantin

 

Pelamin

- Pelamin dewan

- Hiasan pelamin

- Baju pengantin

- Solekan

- Pintu gerbang

- Bunga tangan

- Permaidani merah

 

Peralatan Dewan

- 30 meja bulat beralas 2 layer/damas

- 300 kerusi chialveri

- 2 meja buffet station

- 1 set meja makan beradab

- 1 meja hadiah

- 1 meja goodies


Fotografi

- 1 jurufoto profesional

- Shooting semasa sanding

- Album crystal

- Photo frame

- Pendrive

PA System

- Pembesar suara berkaki

- Amplifier

- Emcee

- Projector and screen.


Harga untuk pakej 1000 pax termasuk dewan dari RM21900 hingga RM28500

Hubungi +6016-365 7806

PT 9954, Tingkat Bawah, Jalan BBN, 71800,1/3K, Nilai Putra, Nilai , Negeri Sembilan

Waktu Perniagaan

Kami sedia membantu 24 jam sehari

Isnin-Jumaat: 8am to 5pm

Sabtu: 8am to 12pm

Ahad: 8am to 12pm

Hubungi Kami

Mengenai Kami

Shilaz Restaurant and Catering bernombor pendaftaran 002607048-W (Shilaz) di miliki oleh syarikat kumpulan Shilaz Trading and Management Services (STMS) menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan katering kepada individual, badan-badan koperat, dan jabatan-jabatan kerajaan.

Teruskan membaca

Terima Info Pakej