admin@shilazcaterers.com Call Us +6016-365 7806

Majlis walimatulurus anak

Majlis Walimatulurus Anak Tuan Ir Mohd Badrul Hisham

 

 

Majlis Walimatulurus anak Tuan Haji Ir. Mohd Badrul Hisham -  Majlis ini diadakan di Dewan Budiman Institut Penilaian Negara, Putrajaya pada 28 haribulan 2017 dan merupakan majlis walimatulurus anak pertama Tuan Haji Ir. Mohd Badrul Hisham dari Institut Penilaian Negara. Dihadiri oleh 1200 tetamu terdiri dari sanak saudara dan para jemputan. Ianya bertemakan warna peach yang merupakan warna kegemaran Tuan Haji Ir. Mohd Badrul Hisham.

Di majlis ini Shilaz Restaurant dan Catering diamanahkan untuk menghidangkan set Nasi Beriani Johor dengan lauk utamanya ialah Gear Box Kambing Masak Merah Damiyya. Walaupun buat kali pertamanya kami menghidangakan masakan Gear Box Kambing Masak Merah Damiyya yang resepinya kami perolehi dari Adun Tebrau Johor iaitu Yang Berhormat Datuk Maulizan Bujang, kami telah mendapat pujian dari sanak saudara dan jemputan yang menghadiri majlis ini.

Majlis ini merupakan majlis yang amat meriah dengan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh artis veteran iaitu Awang BPR. Walaupun kami terasa kepenatan tetapi semuanya terubat kerana dengan izin Allah kami dapat memberikan perkhidmatan yang dapat memuaskan kehendak pelanggan kami.

 
 

Hubungi +6016-365 7806

PT 9954, Tingkat Bawah, Jalan BBN, 71800,1/3K, Nilai Putra, Nilai , Negeri Sembilan

Waktu Perniagaan

Kami sedia membantu 24 jam sehari

Isnin-Jumaat: 8am to 5pm

Sabtu: 8am to 12pm

Ahad: 8am to 12pm

Hubungi Kami

Mengenai Kami

Shilaz Restaurant and Catering bernombor pendaftaran 002607048-W (Shilaz) di miliki oleh syarikat kumpulan Shilaz Trading and Management Services (STMS) menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan katering kepada individual, badan-badan koperat, dan jabatan-jabatan kerajaan.

Teruskan membaca

Terima Info Pakej