admin@shilazcaterers.com Call Us +6016-365 7806

Dato’ Seri Md Azmi Mohd Amin

Majlis Di Perkarangan Rumah Dato' Seri Md.Azmi Mohd Amin

 

 

 

Majlis kenduri kesyukuran di rumah Dato’ Seri Md Azmi Mohd Amin – Saban tahun Dato’ Seri mengadakan kenduri kesyukuran atas apa sahaja kurniaan Allah kepada keluarganya. Tahun ini Dato’ Seri memberikan kami peluang untuk menyediakan juadah kepada para tetamu yang diundang untuk sama-sama berdoa agar keluarganya sentiasa dirahmati Allah. Majlis diadakan pada 25 haribulan Mac 2017 di perkarangan rumahnya yang berada di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Seramai 250 tetamu menghadiri majlis ini.

Dato’ Seri telah mengamanahkan kepada kami untuk memasak lauk kari kambing segar terus dari ladang. Kami juga telah diarahkan untuk membawa kambing hidup tersebut ke rumahnya kerana beliau mahu menyembelihnya sendiri. Dengan izin Allah kambing yang disembelih telah menghasilkan masakan Kari Kambing yang sungguh enak dan beraroma.

Walaupun menempuh kesesakan jalan raya, alhamdullillah kami sampai ke destinasi majlis tepat pada waktunya dan sekali lagi kami bersyukur kepada Allah SWT  kerana merahmati kami semua.

 

 

 

Hubungi +6016-365 7806

PT 9954, Tingkat Bawah, Jalan BBN, 71800,1/3K, Nilai Putra, Nilai , Negeri Sembilan

Waktu Perniagaan

Kami sedia membantu 24 jam sehari

Isnin-Jumaat: 8am to 5pm

Sabtu: 8am to 12pm

Ahad: 8am to 12pm

Hubungi Kami

Mengenai Kami

Shilaz Restaurant and Catering bernombor pendaftaran 002607048-W (Shilaz) di miliki oleh syarikat kumpulan Shilaz Trading and Management Services (STMS) menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan katering kepada individual, badan-badan koperat, dan jabatan-jabatan kerajaan.

Teruskan membaca

Terima Info Pakej