Majlis Makan Malam di Mydin USJ
Majlis Makan Malam di Mydin USJ, Subang – Majlis ini diadakan diperkarangan pemunggahan barangan yang berada ditingkat 1, Bangunan Mydin Hypermarket, USJ, Subang, Negeri Selangor pada malan 21 haribulan Mac 2017. Majlis ini dihadiri lebih dari 1,200 kakitangan Mydin Hypermarket dari pelbagai jabatan dan jawatan. Majlis Makan Malam ini bertemakan Warisan Melayu. Majlis di rasmikan oleh Pengarah Urusan Mydin Hypermarket. Sebagai Katerer utama di majlis ini kami Shilaz Restaurant and Catering membekalkan semua jenis makanan termasuk set Nasi Beriani, kuih muih dan pelbagai jenis bubur termasuk Bubur Jagung dan Kacang. Sempena dengan tema Warisan Melayu kami juga terlibat dalam memeriahkan suasana majlis dengan paluan kompang yang kami undang khas dari Kumpulan Kompang, Seksyen 19, Shah Alam. Manakala persembahan tarian gemalai melayu dan silat, kami undang khas Persatuan Seni Silat Gayung dari Kampung Melayu Subang. Gandingan kerjasama erat diantara krew Shilaz Restaurant and Catering dan kakitangan Mydin Hypermarket telah melancarkan lagi perjalanan majlis serta menjadikan ianya majlis yang amat gilang gemilang . |